Friday, 25 May 2012

Cek Mek Molek

Cek Mek merupakan makanan atau kuih yang terkenal di negeri Kelantan. Cek Mek diperbuat daripada ubi dan tengah-tengahnya diletakkan inti gula yang sangat sedap dimakan sebagai sarapan dan minum petang. Rugi jikalau datang ke negeri Kelantan tidak mencuba Cek Mek yang disediakan oleh ore Kelate. Cek Mek biasanya dijual di pasar pagi, pasar tani dan jarang sekali di pasar malam...

Saya juga gemar untuk makan Cek Mek yang sedap ini...
Cek Mek is one of the my favourite food...




Cek Mek kegemaranku...

La Hot Spring


La Hot Spring is located in Besut, Terengganu and not far from Lata Tembakah. La Hot Spring has a heated pool and a waterfall on a hill that must be jungle tracking to go up there. La Hot Spring very suitable as a place to relax with family and friends after a hard work. I have been to La Hot Spring together with my friends to release stress. I have been to La Hot Spring to follow the camp activities organized by the school that is call "Jambori". View at La Hot Spring is very beautiful and suitable as campsites and a few steep hills that are ideal for those who love outdoor activities.

La Hot Spring is very beautiful and interesting place to been visited...






 Pemandangan La Hot Spring yang indah dan menarik

 Gambar kenangan bersama dengan ahli KKPDRM semasa Jambori di La Hot Spring...


Lata Tembakah

Lata Tembakah merupakan satu destinasi untuk beristirahat bersama dengan keluarga dan kawan-kawan serta rakan sekerja. Lata Tembakah terletak di Jertih, Terengganu dan mengambil masa selama 1 jam 30 minit daripada Kota Bharu, Kelantan. Saya telah berkunjung ke Lata Tembakah bersama-sama dengan keluarga saya dan bersama-sama dengan kawan saya. Lata Tembakah mempunyai flora yang menarik dan merupakan satu tempat untuk berehat selepas bekerja. Lata Tembakah mempunyai 7 tingkat air terjun yang sangat indah dan menarik. Saya pernah panjat bukit sehingga ke tingkat 5 dan air terjunnya sangat cantik dan indah.

Lata Tembakah mempunyai air terjun yang indah dan pemandangan yang indah yang sesuai dijadikan destinasi percutian untuk menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.


 Pemandangan di Lata Tembakah

 Saya dan kawan saya berkunjung ke Lata Tembakah untuk bersuka ria

Thursday, 24 May 2012

Ayam tauge

Ayam tauge merupakan makanan yang sangat terkenal di Ipoh, Perak. Ayam tauge merupakan masakan makanan orang cina iaitu ayam direbus dengan sedikit herba dan di potong serta tauge yang rapuh dan sangat enak. Ayam tauge ini biasanya dimakan pada waktu malam. Terdapat beberapa kedai makanan yang menyediakan ayam tauge ini di Ipoh, Perak. Saya pernah merasa masakan ini dan hasilnya adalah enak.

Ayam tauge ialah antara masakan orang cina yang terkenal di Ipoh...
enak, enak, enak...






Ayam tauge...

sorlok lada

Sorlok lada merupakan makanan yang terkenal di negeri Kelantan. Sorlok lada diperbuat daripada lada, kelapa parut, ikan, bawang, dan dimasak bersama dengan santan. sorlok lada biasanya dimakan bersama dengan nasi kerabu yang enak, namun sorlok lada juga boleh dijadikan lauk-pauk semasa makan malam.
Mak saudara saya sering menyediakan sorlok lada untuk santapan bersama...

Sorlok lada juga merupakan makanan kegemaran saya...



Sorlok lada kegemaranku...

Ketupat sotong

Ketupat sotong merupakan makanan yang agak popular di negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan. Ketupat sotong ialah sotong yang disumbatkan dengan beras pulut dan dimasak dengan santan dan gula melaka. Rasa ketupat sotong ini amat enak dimakan begitu sahaja pada waktu petang atau makan bersama kuih yang lain. Ketupat sotong ini mempunyai rasa lemak-lemak dan enak kuahnya dimakan bersama roti. Mak saudara saya memasak ketupat sotong pada hari yang istimewa sahaja.

Ketupat sotong my favourite...




Ketupat sotong, sedap di makan semasa minum petang...

Chap Goh Mei

Chap Goh Mei merupakan hari yang terakhir untuk Tahun Baru Cina untuk tahun tersebut. Pada hari berkenaan, kampung saya ada mengadakan satu upacara pada malam tersebut. Acara tersebut ialah perarakan dewa-dewa cina ke setiap rumah di kampung saya. Upacara ini akan diadakan setiap tahun pada Chap Goh Mei...

Upacara ini hanyalah untuk tujuan hiburan pada Chap Goh Mei yang menandakan berakhirnya Tahun Baru Cina pada tahun itu...


 Unggun yang akan dinyalakan

 Susunan untuk upacara tersebut



Acara yang dilakukan