Friday, 25 May 2012

Lata Tembakah

Lata Tembakah merupakan satu destinasi untuk beristirahat bersama dengan keluarga dan kawan-kawan serta rakan sekerja. Lata Tembakah terletak di Jertih, Terengganu dan mengambil masa selama 1 jam 30 minit daripada Kota Bharu, Kelantan. Saya telah berkunjung ke Lata Tembakah bersama-sama dengan keluarga saya dan bersama-sama dengan kawan saya. Lata Tembakah mempunyai flora yang menarik dan merupakan satu tempat untuk berehat selepas bekerja. Lata Tembakah mempunyai 7 tingkat air terjun yang sangat indah dan menarik. Saya pernah panjat bukit sehingga ke tingkat 5 dan air terjunnya sangat cantik dan indah.

Lata Tembakah mempunyai air terjun yang indah dan pemandangan yang indah yang sesuai dijadikan destinasi percutian untuk menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.


 Pemandangan di Lata Tembakah

 Saya dan kawan saya berkunjung ke Lata Tembakah untuk bersuka ria

No comments:

Post a Comment