Sunday, 6 May 2012

Malam Anugerah & Amal KBH

Malam Anugerah & Amal Kolej Burhanuddin Helmi (KBH) telah berlangsung dengan gemilangnya pada tanggal 4 Mei 2012 di DECTAR, UKMMalam Anugerah & Amal KBH bertemakan White Prism iaitu warna putih sebagai warna utama dan dihiasi oleh warna-warna pelangi. Saya telah menghadiri Malam Anugerah & Amal KBH ini. Persembahan yang disembahkan oleh para peserta telah memeriahkan lagi Malam Anugerah & Amal KBH dengan persembahan nyanyian dan tarian daripada penghuni KBH sendiri. Makanan yang disajikan juga amat lazat dan sedap. Walaupun saya bukan sebahagian daripada AJK projek Malam Anugerah & Amal KBH, saya tetap tolong AJK projek untuk menyediakan menyusun meja makan dan mengemas DECTAR selepas tamatnya program pada malam itu.
Saya sangat gembira kerana telah membantu mereka walaupun bukan sebahagian daripada AJK projek...
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada AJK projek yang telah bertungkus-lumus menjayakan projek ini...




No comments:

Post a Comment