Friday, 25 May 2012

Cek Mek Molek

Cek Mek merupakan makanan atau kuih yang terkenal di negeri Kelantan. Cek Mek diperbuat daripada ubi dan tengah-tengahnya diletakkan inti gula yang sangat sedap dimakan sebagai sarapan dan minum petang. Rugi jikalau datang ke negeri Kelantan tidak mencuba Cek Mek yang disediakan oleh ore Kelate. Cek Mek biasanya dijual di pasar pagi, pasar tani dan jarang sekali di pasar malam...

Saya juga gemar untuk makan Cek Mek yang sedap ini...
Cek Mek is one of the my favourite food...




Cek Mek kegemaranku...

La Hot Spring


La Hot Spring is located in Besut, Terengganu and not far from Lata Tembakah. La Hot Spring has a heated pool and a waterfall on a hill that must be jungle tracking to go up there. La Hot Spring very suitable as a place to relax with family and friends after a hard work. I have been to La Hot Spring together with my friends to release stress. I have been to La Hot Spring to follow the camp activities organized by the school that is call "Jambori". View at La Hot Spring is very beautiful and suitable as campsites and a few steep hills that are ideal for those who love outdoor activities.

La Hot Spring is very beautiful and interesting place to been visited...






 Pemandangan La Hot Spring yang indah dan menarik

 Gambar kenangan bersama dengan ahli KKPDRM semasa Jambori di La Hot Spring...


Lata Tembakah

Lata Tembakah merupakan satu destinasi untuk beristirahat bersama dengan keluarga dan kawan-kawan serta rakan sekerja. Lata Tembakah terletak di Jertih, Terengganu dan mengambil masa selama 1 jam 30 minit daripada Kota Bharu, Kelantan. Saya telah berkunjung ke Lata Tembakah bersama-sama dengan keluarga saya dan bersama-sama dengan kawan saya. Lata Tembakah mempunyai flora yang menarik dan merupakan satu tempat untuk berehat selepas bekerja. Lata Tembakah mempunyai 7 tingkat air terjun yang sangat indah dan menarik. Saya pernah panjat bukit sehingga ke tingkat 5 dan air terjunnya sangat cantik dan indah.

Lata Tembakah mempunyai air terjun yang indah dan pemandangan yang indah yang sesuai dijadikan destinasi percutian untuk menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.


 Pemandangan di Lata Tembakah

 Saya dan kawan saya berkunjung ke Lata Tembakah untuk bersuka ria

Thursday, 24 May 2012

Ayam tauge

Ayam tauge merupakan makanan yang sangat terkenal di Ipoh, Perak. Ayam tauge merupakan masakan makanan orang cina iaitu ayam direbus dengan sedikit herba dan di potong serta tauge yang rapuh dan sangat enak. Ayam tauge ini biasanya dimakan pada waktu malam. Terdapat beberapa kedai makanan yang menyediakan ayam tauge ini di Ipoh, Perak. Saya pernah merasa masakan ini dan hasilnya adalah enak.

Ayam tauge ialah antara masakan orang cina yang terkenal di Ipoh...
enak, enak, enak...






Ayam tauge...

sorlok lada

Sorlok lada merupakan makanan yang terkenal di negeri Kelantan. Sorlok lada diperbuat daripada lada, kelapa parut, ikan, bawang, dan dimasak bersama dengan santan. sorlok lada biasanya dimakan bersama dengan nasi kerabu yang enak, namun sorlok lada juga boleh dijadikan lauk-pauk semasa makan malam.
Mak saudara saya sering menyediakan sorlok lada untuk santapan bersama...

Sorlok lada juga merupakan makanan kegemaran saya...



Sorlok lada kegemaranku...

Ketupat sotong

Ketupat sotong merupakan makanan yang agak popular di negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan. Ketupat sotong ialah sotong yang disumbatkan dengan beras pulut dan dimasak dengan santan dan gula melaka. Rasa ketupat sotong ini amat enak dimakan begitu sahaja pada waktu petang atau makan bersama kuih yang lain. Ketupat sotong ini mempunyai rasa lemak-lemak dan enak kuahnya dimakan bersama roti. Mak saudara saya memasak ketupat sotong pada hari yang istimewa sahaja.

Ketupat sotong my favourite...




Ketupat sotong, sedap di makan semasa minum petang...

Chap Goh Mei

Chap Goh Mei merupakan hari yang terakhir untuk Tahun Baru Cina untuk tahun tersebut. Pada hari berkenaan, kampung saya ada mengadakan satu upacara pada malam tersebut. Acara tersebut ialah perarakan dewa-dewa cina ke setiap rumah di kampung saya. Upacara ini akan diadakan setiap tahun pada Chap Goh Mei...

Upacara ini hanyalah untuk tujuan hiburan pada Chap Goh Mei yang menandakan berakhirnya Tahun Baru Cina pada tahun itu...


 Unggun yang akan dinyalakan

 Susunan untuk upacara tersebut



Acara yang dilakukan

Sunday, 6 May 2012

Malam Anugerah & Amal KBH

Malam Anugerah & Amal Kolej Burhanuddin Helmi (KBH) telah berlangsung dengan gemilangnya pada tanggal 4 Mei 2012 di DECTAR, UKMMalam Anugerah & Amal KBH bertemakan White Prism iaitu warna putih sebagai warna utama dan dihiasi oleh warna-warna pelangi. Saya telah menghadiri Malam Anugerah & Amal KBH ini. Persembahan yang disembahkan oleh para peserta telah memeriahkan lagi Malam Anugerah & Amal KBH dengan persembahan nyanyian dan tarian daripada penghuni KBH sendiri. Makanan yang disajikan juga amat lazat dan sedap. Walaupun saya bukan sebahagian daripada AJK projek Malam Anugerah & Amal KBH, saya tetap tolong AJK projek untuk menyediakan menyusun meja makan dan mengemas DECTAR selepas tamatnya program pada malam itu.
Saya sangat gembira kerana telah membantu mereka walaupun bukan sebahagian daripada AJK projek...
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada AJK projek yang telah bertungkus-lumus menjayakan projek ini...




Pertandingan Kawad Kaki BSMM

Pertandingan Kawad Kaki BSMM Cabang UKM telah diadakan di Dewan Gemilang, UKM. Saya telah mewaliki BSMM Detachment 88D iaitu BSMM Kolej Burhanuddin Helmi untuk menyertai pertandingan ini. 2 minggu sebelum hari pertandingan, kami sebagai satu kumpulan telah berlatih bersungguh-sungguh untuk menghadapi pertandingan ini. Kami berlatih selama 4-5 jam satu hari. Ketika pertandingan dijalankan, kami telah memberikan sepenuh komitmen untuk pertandingan ini. Keputusan pertandingan keluar dan BSMM Detachment 88D tidak menjayai pertandingan tersebut.
Menang kalah adalah adat pertandingan. Oleh itu, kami akur dengan keputusan juri.
Kami sangat berpuas hati dengan persembahan kami walaupun tidak menang. Walaupun letih menjalani latihan, kami memang gembira menjadi satu kumpulan...


Anggota BSMM Detachment 88D yang telah berjuang dalam Pertandingan Kawad Kaki BSMM.

Com Night


Com night is the abbreviation of the college night for a Chinese resident in the colleges in the UKM. I have participated in this Com Night. Actually Com Night is designed to strengthen the relationship between Chinese students with senior students in a residential college at the UKM. Com Night was held at the Bukit Unggul, Resort. At the night, we have a very exciting stage performances and is a very sweet memories to me because at school I did not have the opportunity to perform at the stage. We also enjoyed a very tasty food. After that, we have danced together to spice up the dinner.
After that, we took a group photograph as a memories...
I am very happy at that time ...


A group photo of us first year students...

Taken another photo when we reached our residential college...


Fantastic Economic Night

When I first enter UKM, there is a Chinese group that have made a program to strengthen the relationship between first year students with second year and third year seniors. Economic Fantastic Night is a dinner with the senior students of economics courses. They will help us as first year students in case we have problems in university rules and regulation or problems at the faculty, and pass down the books to first year students that is required during the lecture session. The dinner was held at the Bangi Golf Club Resort, Bandar Baru Bangi. I felt very excited with this event because it can strengthen a good relationship between us.
I am very happy to attend such events and the seniors is very nice to us and they are very helpful when we got problems...
Thanks you to all...

We are a big families!!!

Friday, 4 May 2012

Bengkel Kerjaya

Satu Bengkel Kerjaya yang dianjurkan oleh Biro Keusahawanan dan Kerjaya PMUKM telah diadakan di Auditorium Siswa, Pusanika, UKM. Saya dan beberapa orang kawan saya telah hadir ke bengkel tersebut.
Bengkel Kerjaya tersebut membincangkan tentang personaliti yang terdapat pada kami, penulisan resume dan sebagainya. Program ini sangat berguna kepada saya kerana saya dapat mengetahui personaliti diri saya iaitu sanguin yang merupakan personaliti seperti seorang yang happy go lucky. Selepas menghadiri bengkel ini, saya dapat banyak manfaat, seperti saya mengetahui serba sedikit tentang majikan dan sebagainya...
Bengkel yang berguna ini akan saya hadiri lagi...



Saya dan kawan saya yang menghadiri bengkal kerjaya tersebut...