Wednesday, 28 March 2012
Tuesday, 27 March 2012
Persembahan Teater Kalut oleh Kelab Tekad
Pengalaman yang berharga bagi saya ketika menjadi sebahagian daripada crew production bagi teater "Kalut". Teater "Kalut" menceritakan tentang kekalutan yang berlaku di antara dua keluarga. Selamat, Si Suami ingin menutup penipuan yang hampir pecah dengan bantuan jiran sebelah rumah. Namun begitu, kehadiran 2 orang polis menyebabkan hal ini semakin rumit dan mustahil untuk disembunyikan. Kekalutan yang berlaku akhirnya telah diketahui oleh semua watak... Teater ini sangat seronok ditonton dan tak kering gusi dibuatnya dengan lawak spontan daripada pelakon. Walaupun terdapat juga kekalutan ketika mendirikan pentas atau setting, namun perkara itu telah pun diselesaikan oleh semua crew production. Saya berasa terkejut kerana terlalu ramai penonton yang membanjiri Panggung Seni, UKM sehingga terpaksa berdiri untuk menyaksikan "kekalutan" teater ini. Saya bersyukur kerana teater "Kalut" telah dipertontonkan dan saya berharap Kelab Tekad akan menjadi juara dalam PTU 2012... Kegembiraan yang tidak dapat digambarkan...
Ini adalah sedikit gambar mengenai teater "Kalut" yang mencuit hati dan menbawakan gelak ketawa yang tidak henti-henti.
Monday, 26 March 2012
Teater Kalut - PTU 2012
Pada 27/3/2012, Kelab Teater Kamsis D (Tekad) akan mempersembahkan sebuah teater komedi yang diberikan tajuk sebagai "kalut" dalam Pekan Teater Universiti (PTU) 2012 yang dipersembahkan di Panggung Seni, UKM. Kelab Tekad merupakan kelab teater dari KBH, UKM. Saya telah menyertai Pertandingan ini bersama beberapa ahli Tekad yang lain. Pelakon-pelakon telah berlatih selama 2 minggu berturut-turut untuk mempersembahkan persembahan yang terbaik pada malam 27/3/2012. Crew-crew produksi pula telah bertungkus-lumus menyiapkan segala keperluan yang diperlukan dalam pementasan teater ini. Saya telah menyiapkan setting yang diperlukan untuk persembahan itu nanti. Kami berharap pementasan teater ini akan membawa kepada gelak ketawa semua orang yang hadir pada 27/3/2012, pukul 9pm, di Panggung Seni, UKM. Nantikan kemunculan kami...
Teater Dogma UPM
Pada 26/3/2012, saya dan beberapa ahli Kelab Teater Kamsis D (Tekad) yang merupakan kelab teater KBH, UKM telah berkunjung ke UPM untuk menyaksikan pementasan teater dalam Festik UPM. Kelab teater Kolej Pendeta Zaba, UPM telah menjemput kami untuk menyaksikan pementasan teater mereka yang diberikan tajuk "Devian Dogma". Kunjungan kami adalah dialu-alukan oleh mereka. Pementasan teater "Devian Dogma" mempunyai jalan cerita yang berbentuk seram dan komedi. Jalan cerita teater "Devian Dogma" adalah berkaitan dengan kematian seorang bomoh yang bernama Sunti. Namun begitu, terdapat 2 orang lelaki yang diperalatkan oleh Sunti ini telah bergaduh berkaitan dengan kematian Sunti. Namun Sunti tidak mati dan akhirnya Sunti telah membunuh 2 orang lelaki tersebut dengan cara yang sama dia membunuh seorang gadis......
Jalan cerita teater "Devian Dogma" agak menarik dan ada juga babak yang membosankan.
Thursday, 22 March 2012
Durian
Durian merupakan sejenis buah yang boleh dikategorikan sebagai buah yang berkhasiat. Namun begitu, terdapat sebilangan orang yang tidak menyukai buah durian kerana baunya yang tidak menyenangkan. Bagi saya, buah durian merupakan buah yang antaranya menjadi pilihan saya apabila tiba musim durian. Buah durian mempunyai banyak nutrisi yang baik untuk tubuh badan kita. Selain itu, buah durian turut boleh dimakan dengan pulut santan. Pulut santan yang ditambahkan dengan durian yang dipanggil pulut durian mempunyai aroma yang yang wangi dan dapat membuka selera saya untuk menjamahnya. Di samping itu juga, buah durian turut boleh dijadikan tempoyak, iaitu buah durian ditumbuk bersama lada. Tempoyak boleh dimakan bersama ulam-ulaman dan turut boleh dijadikan gulai tempoyak yang sangat tersohor di Temerloh. Durian merupakan kegemaran saya... Yeahhhhhhh...
Ini merupakan pulut durian, iaitu durian dimakan bersama pulut santan.
Aromanya sangat membuka selera saya.....
Wednesday, 14 March 2012
IMKBH
IMKBH ialah singkatan daripada Interaksi Mesra Kolej Burhanuddin Helmi yang merupakan hari keluarga untuk semua warga KBH. Saya merupakan salah seorang AJK dalam program tersebut dan saya menggalas tanggungjawab sebagai AJK Keselamatan di bawah Pengarah Keselamatan iaitu Lee Chin Vui. Program ini dijalankan pada 9 Mac hingga 10 Mac 2012. Walaupun bermula pada 9 Mac 2012, kami sebagai AJK telah sibuk seminggu sebelum tarikh tersebut. Namun begitu, pengalaman ini akan saya jadikan satu kenangan manis saya kerana semua AJK telah bekerjasama sebagai satu keluarga untuk menjayakannya. Walaupun letih dan sibuk sehingga tidak cukup tidur, kami tetap tabahkan diri untuk melakukan apa yang patut. Pada 10 Mac 2012 kami mempunyai aktiviti rewang bubur lambuk, gotong-royong, sukaneka dan banyak lagi. Saya berasa sungguh gembira selepas tamatnya aktiviti ini dan ingin sekali melinangkan air mata kerana aktiviti yang bermakna ini telah tamat.
Ini merupakan gambar pasukan yang menyertai futsarung iaitu main futsal memakai sarung yang memeriahkan IMKBH.
Gambar kami sebagai AJK pada 9 Mac 2012.
Keletihan menyelubungi semua sakretariat IMKBH.
Gambar saya ketika menyertai pertandingan tarik tali...
Hahaha.. Syok gila, saya dapat johan..
Anggota kumpulan tarik tali yang berjaya menjadi johan pada pertandingan tersebut..
Yes kami juara tarik tali. Haha
Gambar kenangan berakhirnya aktiviti padang IMKBH.
Sukaneka, running man dan tarik tali.
Kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Semangatnya mereka mendengar diskusi tentang "kahwin muda"..
Haha.. Bakal pengantin muda.. Haha..
Gambar saya menerima cenderamata daripada Pengetua KBH selepas memenangi acara tarik tali..
Haha.. Kegembiraan tidak dapat saya gambarkan pada masa itu.
Gambar kenangan selepas tamatnya IMKBH.. Haha
Sunday, 11 March 2012
Memori Sekolah Menengah
Saya belajar di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa, Kota Bharu Kelantan. Semasa di sekolah menengah saya telah menyertai badan beruniform iaitu Kor Kadet Polis. Ketika menyertai aktiviti yang dijalankan oleh pihak Kadet Polis, banyak pengalaman dan pendedahan yang dapat saya perolehi. Saya juga menjadi lebih berdisiplin, mempunyai jati diri yang tinggi, berkeyakinan dan sebagainya, Semasa tingkatan 5, saya telah dilantik menjadi Sarjan / Kadet untuk mengendalikan pasukan ini, dan lebih membanggakan ialah pasukan saya telah berjaya merangkul johan dalam Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri dan telah menaikkan nama sekolah. Semasa tingkatan enam di sekolah yang sama, saya ialah seorang budak agak nakal. Saya suka bergurau senda dengan guru yang mengajar saya, sehinggakan guru saya ingat nama saya dan melabelkan saya sebagai seorang budak yang nakal. Walaupun begitu, saya sangat menghormati semua guru saya yang telah bertungkus lumus menjadikan saya seorang yang berguna. Terima kasih cikgu. Ini merupakan memori dan pengalaman saya sebagai seorang pelajar sekolah menengah dan memori ini akan saya ingat sampai bila-bila...
Pemandangan Sekalah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa.
Kor Kadet Polis SMJK Chung Hwa yang telah merangkul Johan dalam
Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri tahun 2008.
Gambar saya selaku Sarjan Kadet dalam
Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri tahun 2008.
Rakan seperjuangnya menghadapi SPM tahun 2008.
Rakan-rakan saya ketika tingkatan 6
STPM sedang menghampiri saya.
Sekian...
Thursday, 8 March 2012
Diri Ambo
Saya, Lee Yee San dan nama panggilan ialah San. Saya berasal daripada sebuah kampung di Daerah Kota Bharu, Kelantan. Saya mempunyai 4 orang adik-beradik dan saya ialah anak yang ketiga. Saya mula memasuki alam persekolahan pada usia 6 tahun iaitu di Tadika Peir Chih. Selepas itu, saya belajar di SRJK(C) Peir Chih, Kota Bharu,Kelantan. Saya merupakan seorang anak yang manja dan suka buat kecoh di rumah. Oleh itu, saya selalu dimarahi dan dirotan oleh ibu bapa saya. Selepas itu, saya telah memasuki sekolah menengah iaitu zaman remaja saya. SMJK Chung Hwa merupakan sekolah menengah saya. Ketika di sekolah menengah, saya telah memilih badan beruniform untuk aktiviti utama saya dalam kokurikulum, namun saya juga terlibat dengan aktiviti sukan. Selepas SPM, saya telah memilih untuk memasuki tingkatan 6. Saya telah mendapat keputusan STPM yang membaggakan ibubapa dan saya telah memilih UKM untuk destinasi pelajaran saya. Saya telah mengambil jurusan Ekonomi untuk pelajaran saya. Mungkin terdapat liku-liku kehidupan selepas ini, namun kita hanya bisa merancang, Tuhan yang akan menentukan segalanya... Ini sahaja coretan tentang diri ambo sebagai seore anok kelate... haha..
Diri Ambo
Keluarga saya ketika Tahun Baru Cina 2012...
Adik-beradik saya dari kiri : Along, Angah, Saya dan adik perempuan saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)