Saya belajar di
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa, Kota Bharu Kelantan. Semasa di sekolah menengah saya telah menyertai badan beruniform iaitu
Kor Kadet Polis. Ketika menyertai aktiviti yang dijalankan oleh pihak Kadet Polis, banyak pengalaman dan pendedahan yang dapat saya perolehi. Saya juga menjadi lebih berdisiplin, mempunyai jati diri yang tinggi, berkeyakinan dan sebagainya, Semasa tingkatan 5, saya telah dilantik menjadi Sarjan / Kadet untuk mengendalikan pasukan ini, dan lebih membanggakan ialah pasukan saya telah berjaya merangkul johan dalam
Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri dan telah menaikkan nama sekolah.
Semasa tingkatan enam di sekolah yang sama, saya ialah seorang budak agak nakal. Saya suka bergurau senda dengan guru yang mengajar saya, sehinggakan guru saya ingat nama saya dan melabelkan saya sebagai seorang budak yang nakal. Walaupun begitu, saya sangat menghormati semua guru saya yang telah bertungkus lumus menjadikan saya seorang yang berguna. Terima kasih cikgu.
Ini merupakan memori dan pengalaman saya sebagai seorang pelajar sekolah menengah dan memori ini akan saya ingat sampai bila-bila...
Pemandangan Sekalah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa.
Kor Kadet Polis SMJK Chung Hwa yang telah merangkul Johan dalam
Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri tahun 2008.
Gambar saya selaku Sarjan Kadet dalam
Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri tahun 2008.
Rakan seperjuangnya menghadapi SPM tahun 2008.
Rakan-rakan saya ketika tingkatan 6
STPM sedang menghampiri saya.
Sekian...
No comments:
Post a Comment