Durian merupakan sejenis buah yang boleh dikategorikan sebagai buah yang berkhasiat. Namun begitu, terdapat sebilangan orang yang tidak menyukai buah durian kerana baunya yang tidak menyenangkan. Bagi saya, buah durian merupakan buah yang antaranya menjadi pilihan saya apabila tiba musim durian. Buah durian mempunyai banyak nutrisi yang baik untuk tubuh badan kita. Selain itu, buah durian turut boleh dimakan dengan pulut santan. Pulut santan yang ditambahkan dengan durian yang dipanggil
pulut durian mempunyai aroma yang yang wangi dan dapat membuka selera saya untuk menjamahnya. Di samping itu juga, buah durian turut boleh dijadikan tempoyak, iaitu buah durian ditumbuk bersama lada.
Tempoyak boleh dimakan bersama ulam-ulaman dan turut boleh dijadikan gulai tempoyak yang sangat tersohor di Temerloh.
Durian merupakan kegemaran saya... Yeahhhhhhh...
Ini merupakan pulut durian, iaitu durian dimakan bersama pulut santan.
Aromanya sangat membuka selera saya.....
No comments:
Post a Comment