IMKBH ialah singkatan daripada
Interaksi Mesra Kolej Burhanuddin Helmi yang merupakan hari keluarga untuk semua warga KBH. Saya merupakan salah seorang AJK dalam program tersebut dan saya menggalas tanggungjawab sebagai
AJK Keselamatan di bawah Pengarah Keselamatan iaitu Lee Chin Vui. Program ini dijalankan pada
9 Mac hingga 10 Mac 2012. Walaupun bermula pada 9 Mac 2012, kami sebagai AJK telah sibuk seminggu sebelum tarikh tersebut. Namun begitu, pengalaman ini akan saya jadikan satu kenangan manis saya kerana semua AJK telah bekerjasama sebagai satu keluarga untuk menjayakannya. Walaupun letih dan sibuk sehingga tidak cukup tidur, kami tetap tabahkan diri untuk melakukan apa yang patut. Pada 10 Mac 2012 kami mempunyai
aktiviti rewang bubur lambuk, gotong-royong, sukaneka dan banyak lagi. Saya berasa sungguh gembira selepas tamatnya aktiviti ini dan ingin sekali melinangkan air mata kerana aktiviti yang bermakna ini telah tamat.
Ini merupakan gambar pasukan yang menyertai futsarung iaitu main futsal memakai sarung yang memeriahkan IMKBH.
Gambar kami sebagai AJK pada 9 Mac 2012.
Keletihan menyelubungi semua sakretariat IMKBH.
Gambar saya ketika menyertai pertandingan tarik tali...
Hahaha.. Syok gila, saya dapat johan..
Anggota kumpulan tarik tali yang berjaya menjadi johan pada pertandingan tersebut..
Yes kami juara tarik tali. Haha
Gambar kenangan berakhirnya aktiviti padang IMKBH.
Sukaneka, running man dan tarik tali.
Kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Semangatnya mereka mendengar diskusi tentang "kahwin muda"..
Haha.. Bakal pengantin muda.. Haha..
Gambar saya menerima cenderamata daripada Pengetua KBH selepas memenangi acara tarik tali..
Haha.. Kegembiraan tidak dapat saya gambarkan pada masa itu.
Gambar kenangan selepas tamatnya IMKBH.. Haha
No comments:
Post a Comment